Chaega (It's Me)

My photo
Georgetown, Penang Island, Malaysia
I like To Make A joke... Have A fun In A Life...

06 October 2009

Wasiat Seorang Anak

Mama, aku tahu diri ini telah melukakan hatimu. Meninggikan suara padamu, kurang ajar padamu, melaksanakan tugas rumah yg tidak ikhlas. Aku takut sebenarnya, mama. Aku takut kehilangan mama dan abah. Aku dengar orang tua2 dulu berkata, seandainya hidup kita tidak mempunyai masalah, usia kita tidak panjang. Aku rela dikorbankan agar kalian berdua tidak meninggalkan dunia terdahulu sebelumku. Aku rela pejam mata sebelum dirimu. Aku belum bersedia untuk hidup di muka bumi ini yg digelar anak yatim piatu. Abah, aku amat menyayanyimu walaupun dikau selalu melukakan hati mama yg tidak berdosa. Aku tidak berani menegur kesalahanmu kerana dikau selalu menganggap dirimu selalunya benar. Walaupun seorang isteri harus menghormati suaminya, abah tidak patut buat demikian rupa dengan berkata buruk sangka terhadap mama. Kita seharusnya membawa berbincang agar dapat menyelesaikan masalah. Walaupun dikau bekas pesara anggota tentera polis marin, dikau tidak patut bersikap kasar terhadap wanita. Tetapi aku hanya tabik padamu adalah, dikau sentiasa menyintai mama dengan penuh kasih sayang. Aku ada melihat karenah kalian di belakang anak2, kalian memang menyintai antara satu sama lain walaupun sudah berusia umurnya. Aku menyayanyimu, mama dan abah. Kepada along & adikku, seandainya diri ini telah pergi meninggalkanmu (hilang seorang penyeri hidupmu), tolong jaga mama dan abah dengan sempurna. Jangan sakiti mereka. Pada along, jangan asyik leka dengan dunia luar, tumpu juga pada keluarga di rumah. Pada adik, jangan malas nak bantu mama buat kerja rumah. Ku menyayanyi dirimu semua... salam ikhlas dr nama yg bermaksud cahaya yg mesra

No comments:

Post a Comment