Chaega (It's Me)

My photo
Georgetown, Penang Island, Malaysia
I like To Make A joke... Have A fun In A Life...

14 October 2009

Akhirnya Ketemu Jua

Semalam aku date dengan si jejaka yg salah nombor tempoh hari. Mulanya aku berasa takut juga seandainya dirinya itu tidak dapat aku terima seadanya. Tetapi dengan hati yang tenang, aku berjumpa jua dengannya. Selepas habis waktu kerja, aku berjanji dengannya berjumpa di Island Plaza. Sampai sahaja aku di tempat yg dijanjikan, aku menghubunginya. Dia pakai ringkas sahaja. T-shirt putih biasa dan seluar pendek bawah lutut. Kalau lelaki, memang dasar lelaki sungguh... pakai ringkas sahaja. mmm... not bad! Nasib baik jumpa di situ kalau cuba di tempat lain. Mau diketawa dek orang. Kami berbual panjang sehingga jam 6 petang. Aku tak boleh lama2. Ye la, abah bukan bagi aku keluar rumah tanpa izinnya. Tepat pukul 6, abah telefon. Aku terpaksa berbohong mengatakan yg aku singgah di Midland (selalunya aku singgah di sana pabila aku diambang bosan). Sebelum berpisah, aku sempat tangkap gambarnya untuk kenangan jumpa kali pertama. Sedang khusyuk berbual, rupa2nya dia adalah suami rakan sekelasku (alam sekolah menengah). Tapi mereka tidak bersama, mereka tidak sehaluan, mereka dalam proses penceraian. Aku cuba pujuknya agar mungkin ada penyelesaiannya tapi si jejaka ini cakap sememangnya tiada persefahaman lagi diantara mereka.

No comments:

Post a Comment