Chaega (It's Me)

My photo
Georgetown, Penang Island, Malaysia
I like To Make A joke... Have A fun In A Life...

26 October 2009

Cinta Pandang Pertama & Terakhir

Aku pelajar dari institut Kolej Komuniti Bayan Baru, Ayer Itam, Pulau Pinang. Mengisahkan bagaimana aku dilamun asmara kali pertama dan terakhir pada si dia. Awal bulan Februari, seringkali aku berselisih dengannya. Tiba2 satu hari tu, dia memanggilku untuk menanyakan sesuatu mengenai pelajaran. Sedang aku leka mendengar dia mencerita, hatiku berdebar-debar, tangan aku terasa sejuk, menggeletar pabila mendekat diriku kepadanya. Aku rasa hilang waras. Seminggu selepas kejadian tu berlaku, ingin aku melepaskan rindu lalu aku menangkap gambarnya secara diam2. Dalam aku leka mengambil gambar, rakanku mengetahuinya. Aku memberi 'rasuah' pada rakanku agar tidak membuka rahsia ini kepadanya. 2-3 bulan kemudian, aku secara tidak sengaja meletakkan video yg ku merakam gelagatnya di dalam kelas ke dalam youtube. Sebulan kemudian, aku terkurang ajar terhadapnya, aku pantang diberi nasihat akan kerana tidak dapat menerima kenyataan. Aku berjanji tidak akan meletakkan mana2 video mengenai kolejku ke dalam youtube. Sedang aku menjalankan latihan industri, aku masih berhubung dengan rakan sekuliahku (bukan rakan sekelas). Aku berterus terang dengannya kerana aku tidak mampu menampung seorang diri dan aku meminta nasihat darinya juga. Dia menasihatkan agar aku melupakannya kerana orang yg aku cintai sudah pun berumahtangga. Dia mengatakan lagi bahawa kumbang bukan seekor, masih banyak lagi jejaka di luar sedang menanti kehadiranku untuk datang ke dalam hidup mereka. Aku setuju dengan kata2nya dan aku cuba melupakannya perlahan demi perlahan. hu3...

*Kalau ada sesiapa mempunyai tips cara melupakan orang yg dah berumahtangga, sila hantar comment ke dalam box sy, thank you!!!

No comments:

Post a Comment