Chaega (It's Me)

My photo
Georgetown, Penang Island, Malaysia
I like To Make A joke... Have A fun In A Life...

13 October 2009

Rindu Yg Membara

Pada hari ahad (11.10.2009) aku diterima khabar tergempar dari kedua orang tuaku bahawa sepupu kesayangan mama meninggal, Mak Jang Imah. Dengan kesempatan ini, aku ingin mengucap takziah pada keluarga arwah Mak Jang Imah yg menatap di Lorong Pauh Jaya, Seberang Jaya, Pulau Pinang. Arwah Mak Jang Imah ini mirip wajah Achik (Adik mama ke-3). Padahal mereka adalah sepupu. Bagi rakan2 arwah, mereka menyangka bahawa arwah Mak Jang Imah mempunyai kembar mirip serupa sedangkan tidak. Aku menghadiri rumah arwah tersebut, ingin menatap wajah beliau kali terakhir tapi tidak kesampaian & tidak mampu. Aku tidak berani menatap wajah orang yg sudah meninggal. Ingatkan dia pada arwah Mak Tok(orang tua mama), mama meminta aku mengucup Mak Tok buat kali terakhir tapi aku tidak mahu kerana tidak dapat menerima kenyataan orang yg ku sayang akan meninggalkan daku selamanya. Begitu Juga arwah Mak Jang Imah, aku takut orang yg aku sayang akan meninggalkan aku selama-lamanya. Kali terakhir aku jumpa beliau pada hari raya ke-2, masa tu beliau sedang puasa 6 dan memang dalam keadaan tidak berapa sihat. Muka kelihatan pucat. Beliau meninggal Di Adventist, Pulau Tikus, Pulau Pinang. Arwah dibawa ke rumah kediamannya lalu Di kuburkan di Juru, Pulau Pinang. RIP Mak Jang. You are always in our mind.

No comments:

Post a Comment