Chaega (It's Me)

My photo
Georgetown, Penang Island, Malaysia
I like To Make A joke... Have A fun In A Life...

27 October 2009

Best...!!!

Perbualan diantara Mama, aku ngan Adik. Mama memintaku agar aku memohon cuti untuk balik ke kampung. Sepupuku yg Bongsu nak bertunang. Aku belum berbincang lagi dengan bos. Itupun belum tentu dapat ke tidak. Mama cakap kami sekeluarga akan bertolak ke Melaka pada (11/12/2009 - Jumaat). Aku tidak mahu seandainya balik ke Melaka, duk rumah Mak Su (belah Abah) akan kerana tempoh hari kenduri perkahwinan sepupuku yg Ke-9 tahun lepas. 5 tahun yg lalu, Abah ada nk buat rumah di Melaka tapi dalam proses persiapan, Mama cakap rumah tu dah siap. Kami terlampau seronok bila dapat tahu rumah kami dah siap. Aku dah tak sabar nak melangkah masuk ke rumah baru kami sekeluarga. Tapi khabar anginnya kemungkinan aku tak dapat membantu keluargaku untuk mengemas rumah baru tu seandainya aku tidak dapat cuti lebih awal. Harap2 dapat cuti awal, Amin!!!

26 October 2009

Cinta Pandang Pertama & Terakhir

Aku pelajar dari institut Kolej Komuniti Bayan Baru, Ayer Itam, Pulau Pinang. Mengisahkan bagaimana aku dilamun asmara kali pertama dan terakhir pada si dia. Awal bulan Februari, seringkali aku berselisih dengannya. Tiba2 satu hari tu, dia memanggilku untuk menanyakan sesuatu mengenai pelajaran. Sedang aku leka mendengar dia mencerita, hatiku berdebar-debar, tangan aku terasa sejuk, menggeletar pabila mendekat diriku kepadanya. Aku rasa hilang waras. Seminggu selepas kejadian tu berlaku, ingin aku melepaskan rindu lalu aku menangkap gambarnya secara diam2. Dalam aku leka mengambil gambar, rakanku mengetahuinya. Aku memberi 'rasuah' pada rakanku agar tidak membuka rahsia ini kepadanya. 2-3 bulan kemudian, aku secara tidak sengaja meletakkan video yg ku merakam gelagatnya di dalam kelas ke dalam youtube. Sebulan kemudian, aku terkurang ajar terhadapnya, aku pantang diberi nasihat akan kerana tidak dapat menerima kenyataan. Aku berjanji tidak akan meletakkan mana2 video mengenai kolejku ke dalam youtube. Sedang aku menjalankan latihan industri, aku masih berhubung dengan rakan sekuliahku (bukan rakan sekelas). Aku berterus terang dengannya kerana aku tidak mampu menampung seorang diri dan aku meminta nasihat darinya juga. Dia menasihatkan agar aku melupakannya kerana orang yg aku cintai sudah pun berumahtangga. Dia mengatakan lagi bahawa kumbang bukan seekor, masih banyak lagi jejaka di luar sedang menanti kehadiranku untuk datang ke dalam hidup mereka. Aku setuju dengan kata2nya dan aku cuba melupakannya perlahan demi perlahan. hu3...

*Kalau ada sesiapa mempunyai tips cara melupakan orang yg dah berumahtangga, sila hantar comment ke dalam box sy, thank you!!!

21 October 2009

Teguran Menyindir

Semalam (20.Oktober/2009), aku dapat teguran panas dari bos aku. Maybe salah aku jugak. Tak sepatutnya menganggap office tue rumah aku sendiri. Aku boleh terima semua tu. Tapi cuba bayangkan aku tak boleh buat kerja orang lain sedangkan bos aku tak bagi banyak kerja pada aku. Aku diambang kebosanan. Dah tu pula, dia meminta agar aku memberi semula kerja tu pada pegawai tersebut dan meminta orang bawahannya buat sendiri. Aku rasa marah sangat apabila dia kata aku terlampau seronok sehinggakan aku tak boleh dekat dengan kawan aku sendiri, mengapa? Seandainya aku duduk di sebelahnya hanya menyaksikan gelagat dia buat kerja, untuk apa sekiranya tiada kerja... Mengapa dia ingin berbuat demikian padaku? Aku mengaku aku seorang budak kolej yg sedang menjalankan latihan industri harus mendengar arahan dari bos tapi aku tidak boleh melakukan kerja orang lain. Aku Bengang sangat. Mulai hari ini aku tidak akan terlampau happy dan kurang bercakap (maybe)...he3...

14 October 2009

Gembira Yg Melampau Batas

Aku tak tau kenapa dengan diriku. Nyanyi kuat2 dalam office, gembira bagai nak rak. Aku rasa lain macam entah mengapa. Kenapa dengan diriku. Aku baru bertekad untuk mengubah diriku yg sebenarnya. Aku takut seandainya satu hari nanti akan terdedah identiti aku yg sebenarnya. Mengapa semua ini berlaku padaku. Aku rasa hilang kehormatan diri. Mengapa ini berlaku padaku. Apakah ada udang di sebalik batu kelakuan ku ini, tapi apa??!!! Aku diambang kebingungan... Mengapa ini semua terjadi, kenapa dengan diriku ini??!!!! hu3...

Akhirnya Ketemu Jua

Semalam aku date dengan si jejaka yg salah nombor tempoh hari. Mulanya aku berasa takut juga seandainya dirinya itu tidak dapat aku terima seadanya. Tetapi dengan hati yang tenang, aku berjumpa jua dengannya. Selepas habis waktu kerja, aku berjanji dengannya berjumpa di Island Plaza. Sampai sahaja aku di tempat yg dijanjikan, aku menghubunginya. Dia pakai ringkas sahaja. T-shirt putih biasa dan seluar pendek bawah lutut. Kalau lelaki, memang dasar lelaki sungguh... pakai ringkas sahaja. mmm... not bad! Nasib baik jumpa di situ kalau cuba di tempat lain. Mau diketawa dek orang. Kami berbual panjang sehingga jam 6 petang. Aku tak boleh lama2. Ye la, abah bukan bagi aku keluar rumah tanpa izinnya. Tepat pukul 6, abah telefon. Aku terpaksa berbohong mengatakan yg aku singgah di Midland (selalunya aku singgah di sana pabila aku diambang bosan). Sebelum berpisah, aku sempat tangkap gambarnya untuk kenangan jumpa kali pertama. Sedang khusyuk berbual, rupa2nya dia adalah suami rakan sekelasku (alam sekolah menengah). Tapi mereka tidak bersama, mereka tidak sehaluan, mereka dalam proses penceraian. Aku cuba pujuknya agar mungkin ada penyelesaiannya tapi si jejaka ini cakap sememangnya tiada persefahaman lagi diantara mereka.

13 October 2009

Majlis Makan2


Ni gambar di ambil pada 12.10.2009, Isnin. Dalam pukul 12 tgh kami sibuk dekat Auditorium, Hospital Pulau Pinang. Kami beramai2 datang ke majlis nih dengan penuh kegembiraan. Sesama kami makan pelbagai makanan sehingga tidak tahu nak makan apa seterusnya. ha3... Salah satu makanannya adalah, Mee Sotong, Satay, Laksa, Ais ABC, Cendol... peh lazat... Meriah sekali

Rindu Yg Membara

Pada hari ahad (11.10.2009) aku diterima khabar tergempar dari kedua orang tuaku bahawa sepupu kesayangan mama meninggal, Mak Jang Imah. Dengan kesempatan ini, aku ingin mengucap takziah pada keluarga arwah Mak Jang Imah yg menatap di Lorong Pauh Jaya, Seberang Jaya, Pulau Pinang. Arwah Mak Jang Imah ini mirip wajah Achik (Adik mama ke-3). Padahal mereka adalah sepupu. Bagi rakan2 arwah, mereka menyangka bahawa arwah Mak Jang Imah mempunyai kembar mirip serupa sedangkan tidak. Aku menghadiri rumah arwah tersebut, ingin menatap wajah beliau kali terakhir tapi tidak kesampaian & tidak mampu. Aku tidak berani menatap wajah orang yg sudah meninggal. Ingatkan dia pada arwah Mak Tok(orang tua mama), mama meminta aku mengucup Mak Tok buat kali terakhir tapi aku tidak mahu kerana tidak dapat menerima kenyataan orang yg ku sayang akan meninggalkan daku selamanya. Begitu Juga arwah Mak Jang Imah, aku takut orang yg aku sayang akan meninggalkan aku selama-lamanya. Kali terakhir aku jumpa beliau pada hari raya ke-2, masa tu beliau sedang puasa 6 dan memang dalam keadaan tidak berapa sihat. Muka kelihatan pucat. Beliau meninggal Di Adventist, Pulau Tikus, Pulau Pinang. Arwah dibawa ke rumah kediamannya lalu Di kuburkan di Juru, Pulau Pinang. RIP Mak Jang. You are always in our mind.

Dendam Membara

Aku geram betul pada orang yg tidak menepati janji. Salah Seorangnya adalah Pensyarahku. Mereka berjanji yg mereka akan memantau pelajar yg menjalani LI, mengatakan akan menghadiri dalam pukul 10 atau 10.30 pagi. Sedang aku melaksanakan tugas yg diberi pada hari Jumaat (9-Oktober-2009) pada waktu tersebut, aku dengan leka tidak tahu bilanya waktu berlalu. Bos aku menegurku adakah pensyarah aku akan datang. Masa tu sudah pukul 12.30 tgh. Aku tidak suka orang membuat janji tapi kita menanti secara membabi buta, Mengapa!!! Seandainya tidak dapat menghadirinya, hantar sms je la kata tak boleh datang, susah ke nak berkata demikian...!!! Aku hampir dapat malu akan perbuatan 'kejam' mereka ini.

06 October 2009

Cari Jodoh...

Wali Band – Cari Jodoh

Apa Salahku Apa Salah Ibuku
Hidupku Dirundung Pilu
Tak Ada Yang Mau Dan Menginginkan Aku
Tuk Jadi Pengobat Pilu
Tuk Jadi Penawar Rindu
Tuk Jadi Kekasih Hatiku

Timur Ke Barat Selatan Ke Utara
Tak Juga Aku Berjumpa
Dari Musim Durian Hingga Musim Rambutan
Tak Kunjung Aku Dapatkan
Tak Jua Aku Temukan
Oh Tuhan Inikah Cobaan

Ibu-Ibu Bapak-Bapak
Siapa yang Punya Anak
Bilang Aku Aku Yang Tengah Malu
Sama Teman - Temanku
Karna Cuma Diriku Yang Tak Laku - Laku

Pengumuman - Pengumuman
Siapa Yang Mau Bantu
Tolong Aku Kasihani Aku
Tolong Carikan Diriku Kekasih Hatiku
Siapa Yang Mau

Wasiat Seorang Anak

Mama, aku tahu diri ini telah melukakan hatimu. Meninggikan suara padamu, kurang ajar padamu, melaksanakan tugas rumah yg tidak ikhlas. Aku takut sebenarnya, mama. Aku takut kehilangan mama dan abah. Aku dengar orang tua2 dulu berkata, seandainya hidup kita tidak mempunyai masalah, usia kita tidak panjang. Aku rela dikorbankan agar kalian berdua tidak meninggalkan dunia terdahulu sebelumku. Aku rela pejam mata sebelum dirimu. Aku belum bersedia untuk hidup di muka bumi ini yg digelar anak yatim piatu. Abah, aku amat menyayanyimu walaupun dikau selalu melukakan hati mama yg tidak berdosa. Aku tidak berani menegur kesalahanmu kerana dikau selalu menganggap dirimu selalunya benar. Walaupun seorang isteri harus menghormati suaminya, abah tidak patut buat demikian rupa dengan berkata buruk sangka terhadap mama. Kita seharusnya membawa berbincang agar dapat menyelesaikan masalah. Walaupun dikau bekas pesara anggota tentera polis marin, dikau tidak patut bersikap kasar terhadap wanita. Tetapi aku hanya tabik padamu adalah, dikau sentiasa menyintai mama dengan penuh kasih sayang. Aku ada melihat karenah kalian di belakang anak2, kalian memang menyintai antara satu sama lain walaupun sudah berusia umurnya. Aku menyayanyimu, mama dan abah. Kepada along & adikku, seandainya diri ini telah pergi meninggalkanmu (hilang seorang penyeri hidupmu), tolong jaga mama dan abah dengan sempurna. Jangan sakiti mereka. Pada along, jangan asyik leka dengan dunia luar, tumpu juga pada keluarga di rumah. Pada adik, jangan malas nak bantu mama buat kerja rumah. Ku menyayanyi dirimu semua... salam ikhlas dr nama yg bermaksud cahaya yg mesra

Gembira Dalam Kesedihan

Selama aku bersuka duka di muka bumi ini, aku dikerumuni dengan penuh kesedihan yg terpahat di hatiku yg lara ini. Siapa yg tahu hati kita sedang sedih, hanya Allah Yang Maha Kaya saja yg tahu isi hatiku. Setiap kali aku pulang ke rumah, aku melihat keliling rumahku betapa kecilnya luasan dalaman rumahku tidak seperti rumahku 'dahulu'. Aku rindu akan suasana suka duka keluargaku pada rumah lamaku... Aku tidak tahu mengapa dunia ini berlaku pada hidupku. Tiada apa nak dibanggakan, hanya ciptaan-Nya sahaja yg dapat membanggakan. Aku pernah cuba untuk melupakan peristiwa hitamku tapi apakan daya. Ini semuanya cobaannya yg diberikan oleh Allah SWT. Kita hanya merancang, hanya Tuhan yg menentukannya. Aku harap ada insan yg akan menghadiri dalam hidupku untuk menyinari hidupku yg lara ini.

Kawan Baru & Perubahan Sifat Sebenarku

Sekarang aku sedang menjalankan Latihan Industri (LI) Di Hospital Pulau Pinang. Sesudah aku melaporkan diri, aku diambang kesunyian... Tiada teman untuk bergurau, berbicara dan bergurau senda. Sedang aku leka membuat kerja di kawasan tersebut, aku diteguri beberapa kaum hawa yg bertanya tentang komputer yg sedang aku memperbaiki. Dari situ timbul persahabatan diantara kami. Mereka juga menjalankan LI juga sepertiku tetapi mereka lebih 3 tahun tua daripadaku. Mereka dari UniMAS sedangkan aku dari Kolej Komuniti Bayan Baru. Apabila timbul persahabatan, aku mula berubah sikap seperti kurang bercakap yg bukan2 seperti tidak mengeluarkn perkataan 'kotor' dr mulutku. Aku mempelajari sedikit dr mereka sifat kewanitaan. Selama ini, aku menyifatkn diriku seorang lelaki yg tidak takut akan benda remeh - temeh. Sekarang sudah aku menjalankan LI selama 4 bulan, aku tamat LI pada 18hb Disember 2009. Aku terasa teruja sekali kerana kakitangan di sini semuanya baik2 belaka.

04 October 2009

Salah Nombor!!

3 bulan yg lalu, aku sedang leka bermain komputer bersama adk-bradkku (mpunyai seorg abg & adik) yg mereka la penyeri hidupku. aku diterima panggilan misteri ingin mencari rakannya yg ternyata beliau salah nombor. Dalam beberapa minit, dia membuat misscall padaku. aku memberitahunya yg dia salah hubungiku. Ternyata kali ini tidak. Dia ingin berkawan denganku. Sehingga kini (4.10.2009) aku tidak tahu bagaimanakah rupanya yg sebenarnya. Minggu lepas, dia memujukku melalui panggilan akan kerana dia tidak sudi berjumpa denganku. aku bertekad sekiranya dia masih menghubungiku, buat2 tidak dengar akan panggilan masuk. Akhirnya dia berjaya memujuk hatiku ini. Aku telah memberitahu padanya bahawa sekiranya dia ingin memujukku dengan sedakala, berjumpa denganku agar aku memaafkan dirinya. Dia selalu memburukkan dirinya seperti hitam, gemuk, tak handsome. Bagiku diriku, itu semua tidak penting, yg penting berkawan biar ikhlas di hati.