Chaega (It's Me)

My photo
Georgetown, Penang Island, Malaysia
I like To Make A joke... Have A fun In A Life...

31 July 2012

Sayangku... Maafkan Angah

Aku pulang dari kerja, aku terlihat pintu rumah Paksu Jo masih terbuka lalu aku terlihat pasangan tersebut sedang menjamah makan. Paksu Jo berada di bawah, manakala Maksu Ani berada di atas meja. Setiba aku di muka pintu, ku terlihat kedua cahaya mata kesayanganku berada di rumah. Aku menjadi hairan, anak sulungku selalu tidur di rumahnya tetapi kini ingin tidur dengan Mama dengan Abah. Abah memberitahu padaku dan bertanya kemanakah bunga api mereka...? Alangkah terkejutnya aku. Aku terlupa untuk memberitahu kedua cahaya mataku bahawa permainan mereka aku meletakkan di dalam bungkusan plastik. Kesian mereka tidak dapat bermain bunga api hari ini. Mama memberitahu si abang bergaduh dengan maknya dengan tahap membaling bantal kerana kerap kali si abang membuli si adik. Lucu betul. Si abang dah tidur dalam pukul 11.30 manakala si adik pukul 12 belum tidur lagi. Rupanya si adik sudah tidur petang. Lama aku tidak melihat si abang tidur. Comel betul. Sayang Abang Ngah dengan Adik Una.

No comments:

Post a Comment