Chaega (It's Me)

My photo
Georgetown, Penang Island, Malaysia
I like To Make A joke... Have A fun In A Life...

20 July 2012

Demam Panas

Aku telah dikejutkan oleh Abah dalam sekitar 2 pagi. Aku ingatkan aku dikejutkan untuk sembahyang subuh mahupun pergi kerja tetapi setelah aku merenung seketika, aku cuti hari ini dan aku uzur (datang bulan @ haid) kemudian belum waktunya lagi tapi apa....? Menatap mata ke wajah Abah, ternyata aku dikejutkan kerana Husna terlantar di hospital kerana demam panas. Ya Allah!! Aku merancang hari ini aku ingin menghantar Adik pergi tuisyen lalu terus mengajak Husna masuk Gurney Plaza untuk hiburkan hatinya ternyata aku harus menangguhkannya. Pagi ini pula aku dikejutkan Paksu Jo dan Maksu Ani telah dimaklum bahawa Husna dihantar ke hospital tetapi Maksu hilang entah ke mana, Paksu Jo pergi kerja. Inikah namanya ibu bapa yang menyayangi anaknya...?!!

No comments:

Post a Comment