Chaega (It's Me)

My photo
Georgetown, Penang Island, Malaysia
I like To Make A joke... Have A fun In A Life...

20 July 2012

Kawasaki

Selesai sudah training aku petang tadi, aku dijemput pulang oleh Along. Dalam laluan dari Masjid Negeri, ada Mat Motor ni menunggang motor jaguh (Kawasaki). Mengidam benar aku dibuatnya. Along cakap hendak memilikinya, sekurang - kurangnya 50k. Aku cuma mengharapkan dalam belasan sahaja. Along cakap ada tapi second hand punya. Aku tidak kisah bekas orang atau pun yang asli, yang pasti aku teringin memilikinya sebelum aku pejamkan mata. Aku teringin ingin menjadi Mat motor seperti yang lain walaupun aku adalah wanita tetapi sememangnya aku bersikap seperti lelaki. Semenjak kebelakangan ini, aku memakai glove mat motor. Aku sukakannya. Terkenang kembali pada zaman kolejku. Merempit bersama kawan - kawan sekuliahku sewaktu habis kelas, Affan (oppa), Fitri, Sani, Hidzir, Hariz (perak), Kak Wan, Kishen, Zul (abang long). Rindu mereka.

No comments:

Post a Comment