Chaega (It's Me)

My photo
Georgetown, Penang Island, Malaysia
I like To Make A joke... Have A fun In A Life...

31 July 2012

Sayangku... Maafkan Angah

Aku pulang dari kerja, aku terlihat pintu rumah Paksu Jo masih terbuka lalu aku terlihat pasangan tersebut sedang menjamah makan. Paksu Jo berada di bawah, manakala Maksu Ani berada di atas meja. Setiba aku di muka pintu, ku terlihat kedua cahaya mata kesayanganku berada di rumah. Aku menjadi hairan, anak sulungku selalu tidur di rumahnya tetapi kini ingin tidur dengan Mama dengan Abah. Abah memberitahu padaku dan bertanya kemanakah bunga api mereka...? Alangkah terkejutnya aku. Aku terlupa untuk memberitahu kedua cahaya mataku bahawa permainan mereka aku meletakkan di dalam bungkusan plastik. Kesian mereka tidak dapat bermain bunga api hari ini. Mama memberitahu si abang bergaduh dengan maknya dengan tahap membaling bantal kerana kerap kali si abang membuli si adik. Lucu betul. Si abang dah tidur dalam pukul 11.30 manakala si adik pukul 12 belum tidur lagi. Rupanya si adik sudah tidur petang. Lama aku tidak melihat si abang tidur. Comel betul. Sayang Abang Ngah dengan Adik Una.

20 July 2012

Demam Panas

Aku telah dikejutkan oleh Abah dalam sekitar 2 pagi. Aku ingatkan aku dikejutkan untuk sembahyang subuh mahupun pergi kerja tetapi setelah aku merenung seketika, aku cuti hari ini dan aku uzur (datang bulan @ haid) kemudian belum waktunya lagi tapi apa....? Menatap mata ke wajah Abah, ternyata aku dikejutkan kerana Husna terlantar di hospital kerana demam panas. Ya Allah!! Aku merancang hari ini aku ingin menghantar Adik pergi tuisyen lalu terus mengajak Husna masuk Gurney Plaza untuk hiburkan hatinya ternyata aku harus menangguhkannya. Pagi ini pula aku dikejutkan Paksu Jo dan Maksu Ani telah dimaklum bahawa Husna dihantar ke hospital tetapi Maksu hilang entah ke mana, Paksu Jo pergi kerja. Inikah namanya ibu bapa yang menyayangi anaknya...?!!

Kawasaki

Selesai sudah training aku petang tadi, aku dijemput pulang oleh Along. Dalam laluan dari Masjid Negeri, ada Mat Motor ni menunggang motor jaguh (Kawasaki). Mengidam benar aku dibuatnya. Along cakap hendak memilikinya, sekurang - kurangnya 50k. Aku cuma mengharapkan dalam belasan sahaja. Along cakap ada tapi second hand punya. Aku tidak kisah bekas orang atau pun yang asli, yang pasti aku teringin memilikinya sebelum aku pejamkan mata. Aku teringin ingin menjadi Mat motor seperti yang lain walaupun aku adalah wanita tetapi sememangnya aku bersikap seperti lelaki. Semenjak kebelakangan ini, aku memakai glove mat motor. Aku sukakannya. Terkenang kembali pada zaman kolejku. Merempit bersama kawan - kawan sekuliahku sewaktu habis kelas, Affan (oppa), Fitri, Sani, Hidzir, Hariz (perak), Kak Wan, Kishen, Zul (abang long). Rindu mereka.

19 July 2012

Kerana Namaku Shah

Hari ini aku ada training di pejabat Giant Bayan Baru. Pabila sesi kenal diri, aku mengenalkan diriku 'nama saya Nur Anisah, panggil Nisah'. Dari bangku sekolah lagi tiap kali aku memberi nama panggilanku, ada di kalangan kaum cina ataupun india, mereka sering kali memanggil namaku 'Nisha' dan kerana itulah namaku dari sekolah menengah lagi aku dikenali sebagai 'Shah' atau 'Badshah' (Bad (jahat) + Shah = Badshah). So Funny...

Autograph Joo Won (주원)

Autograf Joo Won yang ku ambil dari laman Twitter milik 

18 July 2012

내 사랑 (My Love)

Alangkah gembiranya hatiku pabila dirimu sentiasa berada di hadapanku ini. Ku menatap wajahmu tanpa rasa jemu walaupun hanya hari rabu dan khamis saja kita dapat bertemu. Kesedihanmu, kesedihanku juga dan tidak perlu dirimu kawatir kerana aku sentiasa berada disampingmu selalu. Aku suka melihat dirimu tidur dalam keadaan bayi.


Walaupun hati nuraniku telahpun berduka, tapi adanya dirimu telah membuat hati kecilku gembira semula. Ku tak ingin menukar sayangku. Hanya dirimu berada di hatiku selamanya. Nae saranghanda Joo Won oppa!! Nae chuayo... ;P

13 July 2012

Bridal Mask/Gaksital (각시탈) KBS2 Korean Drama Malay Translate



Lee Kang-To memakai topeng gaksital dan membalas kekejaman semasa era penjajahan Jepun di Korea Selatan.

Lee Kang-To ( Joo Won ) adalah detektif dalam tempoh penghunian Jepun di Korea Selatan. Bapanya adalah seorang bangsawan, yang memiliki kuasa dan kekayaan, tetapi beliau menumpukan dirinya dan kekayaan kepada gerakan kemerdekaan. Bapanya kemudian dibunuh. Selepas kematian bapa Lee Kang-To itu, dia dan ibunya menyokong abangnya Lee Kang-San ( Shin Hyun-Joon ), yang bijak untuk memasuki pengajian tinggi di universiti. Lagi pula, Lee Kang-San juga mengambil bahagian dalam gerakan kemerdekaan. Beliau kemudian ditangkap dan menjadi kurang siuman akibat dipukul yang teruk. Lee Kang-To sakit gerakan kemerdekaan, kini mahu menjadi berjaya kelak. Tidak lama kemudian beliau menjadi seorang detektif. Sebulan sebelum pengebumian Lee Gong, seorang pegawai berpangkat tinggi, Lee Kang-To menangkap seorang pejuang dari gerakan kemerdekaan. Namanya Mok Dam Sa Ri ( Jeon No-Min ). Lee Kang-To kemudiannya dinaikkan pangkat ke Pesuruhjaya Timbalan Pembantu. Pada pengebumian Lee Gong, Mok Dan ( Jin Se-Yeon ) membaling batu pada gambar pegawai tinggi si mati. Lee Kang-To dan detektif lain menangkap Mok Dan. Pada masa ini, Gaksital bertopeng muncul. Gaksital selamatkan Mok Dan daripada Lee Kang-To dan membawa pergi. Kemudian, Mok Dan dapat untuk menghadiri perbicaraan Mok Dam Sa Ri dan pejuang lain dari gerakan kemerdekaan kebangsaan. Beliau kemudian saksi bapanya menerima hukuman mati. Mok Dan kemudian melompat keluar dan melawan Lee Kang-To dan polis mahkamah untuk menyelamatkan ayahnya. Mok Dan ditangkap dan sekali lagi menghadapi Detektif Lee Kang-To. Kemudian, Gaksital muncul dan melawan Lee Kang-To. Semasa Pertelingkahan, Mok Dan dan bapanya dapat melarikan diri.

Pelakon Utama:
  1. Joo Won - Lee Kang-To
  2. Jin Se-Yeon - Mok Dan
  3. Park Gi-Woong - Kimura Shunji
  4. Han Chae-Ah - Chae Hong-Joo
  5. Shin Hyun-Joon - Lee Kang-San
  6. Song Ok-Suk - bunda Kang-To
  7. Jeon No-Min - Mok Dam Sa Ri
  8. Lee Kyung-Sil - Oh Dong-Nyeon
  9. Ahn Hyung-Joon - Jun Katsuyama
  10. Yoon Bong-Kil - Abe Shinji
  11. Kwon Tae-Won - Choi Myung-Sub

Pelakon Tambahan: