Chaega (It's Me)

My photo
Georgetown, Penang Island, Malaysia
I like To Make A joke... Have A fun In A Life...

03 November 2009

Aku Perempit Yg Accident

Pada hari jumaat, time tengahari tu, aku balik rumah coz abah nak guna motor nak pergi sembahyang jumaat. Dalam sekitar jam 2.30 ptg tue, aku baru bertolak dari rumah nak ke office. Masa tue aku takut terlewat masuk ke office. Aku berhenti disimpang untuk memakai baju hujan. Masa tu hujan renyai. Sesudah tu, aku perlu berhati - hati agar tidak mengganggu perjalananku nanti. Entah macamana aku boleh accident dengan brother kereta nih. Aku hanya cedera teruk di kaki kanan dan tangan kiri manakala kaki kiri cuma kesan lebam sahaja. Banyak orang tegur aku, mama minta aku buangkan sampah di belakang rumah aku lupa buangkannya, sedangkan abah pula hairan selalunya aku nak balik bagitau dahulu sebelum balik ke rumah, kawan seoffice pula hairan kenapa aku tak masuk office lagi. Memang banyak persoalan sebelum kejadian tu berlaku. Esok harinya orang yg melanggar aku tu bertandang ke rumah untuk melihat keadaanku. Dia tak tau jalan nak ke rumah aku. Abah menjemputnya agar dapat memastikan orang yg dia langgar tempohari adalah orang yg sama. Dia bayar ganti rugi, kami tidak melapornya kepada polis akan kerana dia hendak bertanggungjawab ke atas kerosakan terhadap kenderaanku.

No comments:

Post a Comment