Chaega (It's Me)

My photo
Georgetown, Penang Island, Malaysia
I like To Make A joke... Have A fun In A Life...

07 February 2013

Kisah Kehidupanku - Abah

Abah.... Dilairkan di negeri bersejarah, Melaka. Seorang bekas anggota polis marin. Berpangkat Sarjan Mejar. Sekarang beliau berusia 63 tahun. Mempunyai sakit jantung, darah tinggi dan gaut. Abah seorang yang garang tapi penyayang. Tidak pernah menyentuh anaknya seperti menampar mahupun memukul andai anak - anaknya nakal di masa kami kanak - kanak lagi. Apa anak - anak inginkan, akan Abah tunaikan. Sewaktu Abah muda dahulu, Abah jarang berada di rumah akan kerana keluar untuk beroperasi. Paling lama Abah tidak pulang ke rumah hampir 2 bulan. Sungguh pengorbanan besar Abah terhadap keluarganya. Mencari sumber rezeki untuk menyara hidup. Dahulu Abah sihat walafiat. Makan apa saja yang dihidang tanpa patang larang. Tetapi sekarang Abah sudah tidak kuat. Abah tidak boleh mengangkat benda terlampau berat. Itu akan mengganggu jantungnya kelak. Pertama kali Abah mendapat penyakit jantung ini adalah tahap 1 iaitu tidak terlampau serius dan kerana aku telah menderhaka kepada kedua orang tuaku sehingga menyebabkan jantung Abah berdenyut tidak sempurna. Abah jarang pergi ke masjid kerana keadaan Abah yang tidak kuat seperti dulu lagi. Selepas menyambut Hari Lahir Mama yang ke 57, Abah di tahan wad kerana untuk melihat kedudukan jantung sebenar abah. Doktor menyumbat pam atau kamera melalui tangan kanan Abah dan mengakibatkan doktor menasihati agar Abah tidak memandu selama 2minggu. Abah seorang yang degil dan tabah. Anak - anak memarahinya akan kerana Abah hampir - hampir mahu menjejaskan kesihatannya. Alhamdulillah buat hanya setakat ini Abah hanya kuat separa sahaja. Tidak normal seperti kami. Abah menyifatkan diri seperti kanak - kanak. Mesti ada yang tidak kena, mahunya Abah memarahi kami tidak kira waktu mahupun tempat. Sakit jantung satu hal, sekarang Abah mempunyai masalah kedengaran. Subhanallah, beapa besarnya rahmat-Mu Ya Allah. Kerana kesalahan seorang anak, DIkau mendenda ABah sebagai ganti tempat anak - anak. Ku hanya insan biasa, sembuhkanlah penyakit Abahku Ya Allah. Biarlah aku saja yang sakit. Berikan penyakit Abah kepadaku Ya Allah... Aku sayang Abah.

No comments:

Post a Comment