Chaega (It's Me)

My photo
Georgetown, Penang Island, Malaysia
I like To Make A joke... Have A fun In A Life...

02 April 2010

Pizza Hut Baru!!

Baru pertama kalinya aku makan Pizza Hut keluaran baru ini. Hampir 2 tahun aku tidak menjamah makan pizza Hut ini. Dan peristiwa hitam juga pada Pizza Hut Ini apabila aku terkenangkan gurauan petang bersama teman - teman sekuliahku. Aku tidak menyangka & tidak sangka akan bertemu orang yang tidak mengerti apa erti gurau senda. Pabila aku berkata sedikit gurauan sahaja, dia seolah - olah tidak suka akan gurauan aku. Bukannya aku memburukkannya di khalayak ramai orang. Hanya disekelilingi 2-3 orang rakanku sahaja. Tetapi mengapa dia mengatakan bahawa aku kurang adap terhadapnya. Kerana Pizza ini yang membuatkan aku bertambah gembira, menjadi suram di dalam hatiku ini. Siapa yang memahami isi hati kita ini. Nasib baik aku tidak mengangkat tangan padanya. Aku ini jenis yang cepat berdendam. Sekali orang mencari masalah denganku, akanku dendam hingga ke akhir hayatku...

No comments:

Post a Comment