Chaega (It's Me)

My photo
Georgetown, Penang Island, Malaysia
I like To Make A joke... Have A fun In A Life...

30 November 2009

Cinta Yang Membara

Hatiku masih menyintainya. Aku tidak dapat melupakannya walaupun dia sudahpun berumahtangga. Mengapa cinta ini wujud di hati. Sejujurku mengatakan bahawa selama ini aku tidak pernah bercinta melainkan cinta monyet semasa di alam persekolahanku. Aku cuba fikir bahawa aku tidak mahu memikirkan tentang cinta dalam hidupku kerana banyak kedukaan dan pembelotan diantara satu sama lain. Aku tidak tahu mengapa cinta ini wujud. Mengapa wujudnya cinta di dalam hatiku? Mengapa Aku sering kali ingatkan DIA? Mengapa?!!!

17 November 2009

Duka Yang Membara

Buat masa sekarang ni aku masih mengingatinya tapi mengapa aku sering mengingati si dia. Aku berasa bingung . Mengapa dia masih diingatanku. Semasa aku dalam latihan industri, memang aku membenci dirinya tapi mengapa sejak akhir2 ini aku sering kali mengingati dirinya. Mengapa? Kenapa? Luka dalam hatiku belum hilang lagi yg berlaku 2 tahun yg lalu dan mengapa sejak kebelakangan ini juga aku diselubungi banyak masalah yg datang dalam hidupku. Sabar aku hampir tidak terkawal, aku cuma memdapat semangat dari adik - beradikku. Merekalah semangatku.

16 November 2009

Tiada Maaf Bagimu

Perempuan ni masih menyalahkan aku. Aku tidak mengerti mengapa dia asyik menyalahkan aku saja. Sedangkan dia dari simpang kanan terus belok ke kiri dan menyalahkan aku. Pabila aku memberitahu abah perkara ni, dengan abah pun dia kurang ajar. Mana adab sopan terhadap orang tua...? Aku tidak pernah berkasar terhadap abahku. Walaupun aku pernah marah atau terkurang ajar, aku segera meminta maaf pada abah tapi perempuan ni yidak... sebaliknya dia masih memarahi abah dan mengatakan aku bijak bercakap. Semasa aku bercakap dengannya, aku cuma sempat bercakap sepatah dua sahaja dengan perempuan tu tapi dia cakap tanpa berhenti. Aku tidak dapat menerima kenyataan apa yg dia katakan pada abah. Aku akan tangguhkan bayaran ganti rugi padanya agar dia sedar akan kesalahannya atau biarpun dia diambang kemarahan.

12 November 2009

Aku Dilema Ketakutan

Kawan Sekuliahku menasihatkan agar aku berterus terang pada si dia yg ku cintai. Aku Sebenarnya takut untuk berterus terang. Apa akan dikatanya nanti kelak. Cintaku hanya bertepuk sebelah tangan. Tiada sokongan terhadapku. Aku hanya fikir bagaimana hendak memberitahunya yg aku jatuh hati kepadanya. Sedangkan dia sendiri sudah mempunyai keluarga yg bahagia. Insyaallah satu hari nanti aku dapat melupakannya secara perlahan demi perlahan.

05 November 2009

Mausam Yeh Awesome Bada - Kidnap Lyric

Sun Sun Sun Toh Yeh Hawa
Na Ja Tu Yun Chu Ke Tan Mera
Sun Sun Sun Toh Yeh Hawa
Na Ja Tu Yun Chu Ke Tan Mera
Dheke Koi Chede Mujhe Mausam Manchala

Mausam Yeh Awesome Bada
Mausam Yeh Awesome Bada
Mausam Yeh Awesome Bada
Jadu Chaa Gayaa..

Phir Khula Asmaan, Tune Mujhe Hai Deh Diya
Shukhriya Shukhriya Kaise Kahu Mein Shukhriya
Kya Kahu Kya Karu, Bas Mein Nahin Hai Yeh Jiya
Jee Liya Jee Liya, Is Pal Ko Pal Meine Jee Liya
Kal Phir Se Yeh Pal Hoga, Na Hoga Yeh Sama

Mausam Yeh Awesome Bada
Mausam Yeh Awesome Bada
Mausam Yeh Awesome Bada
Jadu Chaa Gayaa..

Chulbuli Chulbuli, Kaise Hawa Yeh Chulbuli
Gudgudi Gudgudi, Saare Badan Mein Gudgudi
Door Se Dhondthi, Kiski Nigayhein Aa Rahi
Kyon Mujhe Yun Nai, Itne Aadayein Aa Rahi
Akela Hai Tum Bheega Badan, Maan Mein Pyaas Kya

Mausam Yeh Awesome Bada
Mausam Yeh Awesome Bada
Mausam Yeh Awesome Bada
Jadu Chaa Gayaa..

Sun Sun Sun Toh Aye Hawa
Na Ja Tu Yun Chu Ke Tan Mera
Dheke Koi Chede Mujhe Mausam Manchala

Mausam Yeh Awesome Bada
Mausam Yeh Awesome Bada
Mausam Yeh Awesome Bada
Jadu Chaa Gayaa..

Yeh Awesome Bada
Mausam Yeh Awesome Bada
Na Na Na Na Naa

03 November 2009

Terima Kasih Kerana Mengambil Berat

Aku mengucapkan ribuan terima kasih pada rakan2ku, boss dan smua Staff IT kerana mengambil berat terhadapku. Aku tidak banyak bergerak akan kerana kaki kananku masih belum pulih sebaiknya. Yg lucunya kami sekawan bersembang dari pagi sampai hampir waktu balik sembang pasal accident jew tak habis2...he3...

Aku Perempit Yg Accident

Pada hari jumaat, time tengahari tu, aku balik rumah coz abah nak guna motor nak pergi sembahyang jumaat. Dalam sekitar jam 2.30 ptg tue, aku baru bertolak dari rumah nak ke office. Masa tue aku takut terlewat masuk ke office. Aku berhenti disimpang untuk memakai baju hujan. Masa tu hujan renyai. Sesudah tu, aku perlu berhati - hati agar tidak mengganggu perjalananku nanti. Entah macamana aku boleh accident dengan brother kereta nih. Aku hanya cedera teruk di kaki kanan dan tangan kiri manakala kaki kiri cuma kesan lebam sahaja. Banyak orang tegur aku, mama minta aku buangkan sampah di belakang rumah aku lupa buangkannya, sedangkan abah pula hairan selalunya aku nak balik bagitau dahulu sebelum balik ke rumah, kawan seoffice pula hairan kenapa aku tak masuk office lagi. Memang banyak persoalan sebelum kejadian tu berlaku. Esok harinya orang yg melanggar aku tu bertandang ke rumah untuk melihat keadaanku. Dia tak tau jalan nak ke rumah aku. Abah menjemputnya agar dapat memastikan orang yg dia langgar tempohari adalah orang yg sama. Dia bayar ganti rugi, kami tidak melapornya kepada polis akan kerana dia hendak bertanggungjawab ke atas kerosakan terhadap kenderaanku.