Chaega (It's Me)

My photo
Georgetown, Penang Island, Malaysia
I like To Make A joke... Have A fun In A Life...

07 February 2013

Kisah Kehidupanku - Mama

Mama... insan manusia yang lemah dan tabah menghadapi segala halangan dan rintangan yang diberikan cobaan oleh-Nya. Dilahirkan di Pulau Pinang. Sewaktu Mama masih muda, Mama seorang pekerja Kilang sebagai kerani biasa sahaja di Kedah. Mama juga bekas seorang penari Kelab Kebudayaan yang hampir merantau di Singapura, Indonesia... Akan kerana bakat mama yang bekas seorang penari, kedua - dua anak perempuannya mewarisi sifatnya yang pandai juga menari dan suka akan tentang tarian. Mama sejak dari muda atau selepas kahwin, mempunyai anak tiga sentiasa mengamalkan makanan yang sihat. Mesti ada saja pantang larang bila si anak ni sudah montel badannya masih juga mahu makan ayam goreng kesukaannya. Mama seorang yang penyayang dan juga pemarah. Bila anak - anak buat nakal, dia akan pukul dengan rotan tanpa belas kasihan sebagai tanda pengajaran bagi anak - anak agar serik untuk melakukan atau mengulangi kesalahan yang sama. Sebelm rumah terbakar, aku jadi teringat kembali... Bila aku teringin untuk melihat gambar - gambar semasa kami sewaktu kecil, aku terjumpa seutus surat yang sepertinya penting dan harus untuk disimpan. Sungguh terharunya apabila surat cinta Mama pada Abah amat masih disimpan oleh Mama. Mama pernah menceritakan dahulu semasa berkawan dengan Abah... Bila Abah memberi sesuatu seperti hadiah untuk Mama, arwah Mak Tok nanti tolong nyorokkan agar tanpa pengetahuan arwah Wan. Arwah Wan memang garang. Sedangkan dengan cucu sendiri pon berani maki sampai taap mencarut melampau... Sekarang Mama dengan tetap pendirian Mama. Seorang penyabar dengan sifat Abah yang seorang yang panas baran. Mesti ada saja tidak kena dibuatnya oleh Mama. Mama pun kurangnya sihat. Tidak sihat kerana harus sabar dengan sifat anak - anak yang sulung perempuan mahupun lelaki yang asyik membuat perangai dan suka ikut kehendak kata hati sendiri tanpa mendengar nasihatnya, selalu dalam keadaan berdendam dengan adik iparnya, Ani yang seorang yang benar - benar degil dan suka mengikut kehendak sendiri tanpa izin suaminya...