Chaega (It's Me)

My photo
Georgetown, Penang Island, Malaysia
I like To Make A joke... Have A fun In A Life...

30 June 2012

Ulser Mulut

Hari ini aku bekerja split iaitu di mana aku bekerja 4 jam pagi dan 4 jam malam. Pagi tadi sememangnya aku terasa pedih pada mulutku tapi aku fikir berkemungkinan aku tergigit agaknya. Tetapi bila aku masuk keja sesi malam, mulutku terasa pedih yang amat. Apabila aku meihat ke arah cermin make-up, rupa - rupanya aku ada ulser mulut. Ya Allah!! Seumur hidup aku tidak pernah mengidap penyakit ini melainkan berkemungkinan juga semasa usia kecilku dahulu. Aku memakai ubat ini dan Alhamdulillah tapi cuma hanya menghilangkan rasa kesakitan. Harap - Harap dapat sembuh dengan segera. Mungkin kerana selama ini aku tidak pernah berkata - kata kasar dengan abang dan inilah akibatnya berkata yang tidak terlapik oleh aku. Ya Allah!! sungguh besar kuasa-Mu. Mungkin Allah SWT ingin memberi peringatan padaku bahawa orang yang ku sayang tidak mungkin aku berani berkata kasar untuk melukakan hatinya. Subhanallah!!