Chaega (It's Me)

My photo
Georgetown, Penang Island, Malaysia
I like To Make A joke... Have A fun In A Life...

12 March 2012

Hilang Ketampanan Anakku...!!!

11/03/2012 - pada waktu sekitar jam 7 ptg, Muhammad Hamdi Bin Johari @ Abang Ngah bermain dengan rakan baru yang entah datang dari mana. Beberapa minit kemudian, Abang Ngah pulang dengan keadaan yang sunyi dan sepi. Akan kesedaranku dari leka menonton tv memandang ke arah muka pintu depan, aku terlihat muka Abang Ngah berdarah akibat terjatuh untuk mengelak daripada jatuh lalu mukanya terseret pada kayu yang berhampiran di tepi jalan. Akan kerisauanku makin mendalam, aku menasihatinya agar tidak keluar bermain selagi lukanya tidak baik. Dalam sekitar pukul 7.30 malam, kelibat budak di muka pinyu. Aku sangka ada orag hendak membeli barang kedai, tetapi dia masuk rumahku tanpa rasa malu dan segan... bolehkah dia masih meminta izin daripada Abang Ngah untuk meminjam basikalnya? Sedangkan dia bukan siapa - siapa dalam pertalian persaudaraan antara kami. Dari itu, dia ternampak komputerku terbuka, aku makin risau... Dia bertanyakan lagi pada Abang Ngah apakah mempunyai permainan Angry Birds? Kemarahanku masih belum berkurang akan kerana Abang Ngah jatuh, aku menunggu Mama untuk masuk ke rumah untuk menghalaunya pergi untuk pulang ke rumahnya. Dengan kuasa Allah SWT, Mama masuk ke dalam rumah dan budak tersebut duduk di kerusi komputer lalu Mama menghalaunya pergi agar tidak kembali ke rumah kami lagi. Alhamdulillah, Abang Ngah dalam keadaan stabil. Dengan kuasa-Nya juga tidak menyebabkan luka tersebut terkena sampai ke matanya. Kalau tidak, berkemungkinan akan menyebabkan Abang Ngah buta...!!! Angah still love you sayang...