Chaega (It's Me)

My photo
Georgetown, Penang Island, Malaysia
I like To Make A joke... Have A fun In A Life...

13 July 2010

Bread, Love and Dreams / King of Baking, Kim Tak Goo (제빵왕 김탁구) KBS2 Korean Drama

"Bread, Love and Dream" merangkumi kehidupan Kim Tak-Gu (Yoon Si-Yoon) dari tahun 1970-an hingga akhir 1980-an ketika ia menjadi salah satu tukang roti paling berjaya di seluruh Korea. Presiden Geosung baking syarikat Koo Il-joong (Jeon Kwang-Leol) mencintai Kim Mi-Soon (Jeon Mi-Seon), tapi ibu Koo Il-joong tidak berapa merestui hubungan mereka. Oleh itu, dan sebagai perkahwinan pilihan keluarga, Gu Il-Joong berkahwin Seo In-sook (Jeon In-Hwa). Mereka mempunyai dua anak perempuan, Gu Ja-Kyung (Choi Ja-Hye) dan Gu Ja-rim (Choi Yoon-Young), tapi tidak mempunyai anak lelaki. Beberapa waktu kemudian, Il-joong dalam keadaan mabuk telah melakukan hubungan dengan cinta sejatinya Mi-Soon lalu mengandung, yang diberi nama Kim Tak-gu. Sementara itu, In-sook takut bahawa Tak-gu mungkin suatu hari menjadi pewaris syarikat Baking Geosung, In-Sook kemudian menggoda Setiausaha syarikat Il-Joong, Han Seung-jae (Jeong Seong-Mo) dan In-Sook juga turut mengandung lalu memberitahu Sung-jae akan perkara ini dan lahirnya seorang putra yang diberi nama Gu Ma-joon (Joo Won). Beberapa tahun kemudian, pada waktu malam dengan ditemani hujan, ibu Gu Il-joong secara tidak sengaja mendengar perbualan diantara Han Seung-Jae dan In-sook. Ibu Il-Jong jatuh dalam hujan lalu mati di hospital apabila dipertemukan oleh Il-Joong sendiri. Pada waktu itu, In-sook kehilangan gelang tangan dan Ma-joon yang berada di sana juga telah mengambil gelang ibunya. Ma-Joon akan tahu perkara sebenar dan mengetahui siapakah ayah kandungnya yang sebenar. Untuk melindungi nyawa Kim Mi-Soon dan Tak-gu, Gu Il-Joong memerintah Jin-Gu (Park Seong-Woong) untuk menculik Mi-Soon. Seo In-Suk dan Han Seung-Jae cuba untuk membunuh Tak-gu, tetapi ia cukup beruntung kerana dapat melarikan diri. Tak-gu kemudian bertemu lelaki tua yang sebenarnya Chef Roti iaitu Pal-Bong (Jang Hang-Seon), yang menjalankan perniagaan di Palbong Bakery. Tak-gu pertama kali bertemu Yoo Kyung ketika mereka masih kanak-kanak. Yoo-Kyung tinggalkan rumah halaman untuk melupakan masa lampaunya, dia didera oleh ayahnya yang sering kali memukulnya dan meminta wang. Yoo Kyung belajar untuk tersenyum untuk pertama kalinya ketika mereka bertemu. Terlintas fikiran Tak-gu untuk pergi ke rumah Gu Il-joong sebagai anak sulung tapi Tak-Gu tidak mahu akan kerana ingin mencari ibunya sehingga jumpa. Mereka yang berpisah selama 12 tahun kemudian mereka bertemu kembali dan menimbulkan bibit cinta diantara mereka. Namun demikian, Yoo Kyung (Eugene) sekarang percaya bahawa cinta adalah tiada apa bila dibandingkan dengan wang dan kuasa dan kerana itu dia meninggalkan Tak-gu untuk berkahwin Ma-joon sebagai gantinya.


Pelakon Utama:
  1. Yoon Si-Yoon sbg. Kim Tak-Goo
  2. Joo Won sbg. Ku Ma-Joon
  3. Lee Young-Ah sbg. Yang Mi-Soon
  4. Eugene sbg. Shin Yu-Kyung
  5. Jeon Kwang-Leol sbg. Koo Il-Joong
  6. Jeon In-Hwa sbg. Seo In-Suk
  7. Jeong Seong-Mo sbg. Han Seung-Jae
  8. Jeong Hye-Seon sbg. Mrs. Hong
  9. Jeon Mi-Seon sbg. Kim Mi-Soon


Watak Sampingan:


Pelakon Tambahan: